|
Sekolah Insan Bestari Telah Berpindah |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Saturday, 12 May 2012 06:46 |
|
There are no translations available.

2 Mei 2012, SEKOLAH INSAN BESTARI TELAH BERPINDAH
Sekolah Insan Bestari telah memulakan operasinya di tempat yang baru di alamat: Sekolah Insan Bestari,
Kg. Baru, Jalan Istana Lama, 05200, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada hari Rabu, 2 Mei 2012 yang lalu.
Kerja-kerja pemindahan telah dijalankan selama 4 hari sebelum tarikh operasi yang melibatkan guru-guru
dan kakitangan sekolah. Alhamdulillah, sesi persekolahan telah dapat dijalankan seperti biasa di kawasan
dan persekitaran sekolah yang lebih selesa dan lengkap kemudahannya.
Untuk makluman, nombor telefon sekolah juga telah bertukar kepada nombor yang baru iaitu
04-7202484. Sebarang pertanyaan atau maklumat sila hubungi nombor yang telah dimaklumkan.
(Gambar di atas memperlihatkan beberapa gedung sekolah dan aktiviti membaca Al Qur'an pelajar Sekolah
Insan Bestari selepas maghrib di Surau sekolah). |
|
Last Updated on Saturday, 12 May 2012 07:16 |
|
|
KUNJUNGAN TETAMU DARIPADA INDONESIA |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Wednesday, 04 April 2012 01:52 |
|
There are no translations available.

Ahad, 03 April 2012
KUNJUNGAN TETAMU DARIPADA INDONESIA
Setinggi kesyukuran kehadirat Allah SWT yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan kurnia-Nya kepada keluarga
besar Sekolah Insan Bestari. Pada hari ini, Sekolah Insan Bestari menerima kunjungan rombongan daripada
Yayasan Aldiana Nusantara (YAN) Jakarta Indonesia. Pihak Sekolah Insan Bestari menyambut ketibaan
mereka dengan sesi bergambar di hadapan tapak perhimpunan sekolah dan kemudian diteruskan dengan
taklimat berkenaan sekolah di pejabat sekolah.
Majlis dimulakan dengan pengetua Sekolah Insan Bestari, Tuan Haji Harun bin Mat Isa mengalu-alukan
kedatangan para tetamu daripada YAN, Indonesia. Beliau kemudiannya menyampaikan taklimat dan
penerangan mengenai Sekolah Insan Bestari secara kesulurahannya.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengarah Yayasan Aldiana Nusantara,
DR. H. Alimudin Al-murtala, MM, MPd, dimana beliau menerangkan tujuan dan objektif lawatan ke
Sekolah Insan Bestari iaitu bagi mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim serta membuat
tinjauan dan perbandingan terhadap sistem pendidikan yang dijalankan di Sekolah Insan Bestari dan
beberapa buah universiti di negeri Kedah Darul Aman ini.
Untuk makluman, Yayasan Aldiana Nusantara (YAN) merupakan sebuah yayasan pendidikan di
Jakarta, Indonesia yang memiliki beberapa buah sekolah menengah dan universiti di bawah pengurusannya. |
|
Last Updated on Wednesday, 04 April 2012 02:18 |
|
MESYUARAT AGONG KALI KE-2, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH INSAN BESTARI |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Thursday, 08 March 2012 02:47 |
|
There are no translations available.

Khamis, 8 Mac 2012
Hari ini, Sekolah Insan Bestari mengadakan aktiviti yang melibatkan Pengetua, Kaki Tangan sekolah
dan para waris di Lobby Sekolah Insan Bestari. Pada aktiviti yang bertajuk “MESYUARAT AGONG
KALI KE-2, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH INSAN BESTARI” ini, Pengetua
Sekolah Insan Bestari (Tuan Haji Harun Mat Isa) menyampaikan laporan aktiviti sekolah tahun
2011 dan 3 bulan terakhir tahun 2012. Pada masa yang sama, Cikgu Abdul Razak menyampaikan
laporan kewangan sekolah. Para waris juga diberi waktu dan kesempatan menyampaikan usulan-usulan
untuk sekolah dan pertanyaan-pertanyaan tentang pelajar, pengurusan sekolah dan hal-hal lain yang
berkenaan dengan Sekolah Insan Bestari pada Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini.
Kita semua mengharapkan keredhaan Allah SWT atas Sekolah Insan Bestari, sebagai wadah membina
generasi ummat yang berteraskan persepaduan al Qur’an, agama, akhlak dan akademik. |
|
Last Updated on Thursday, 08 March 2012 02:58 |
|
Merentas Desa Perdana Sekolah Insan Bestari |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Monday, 27 February 2012 02:36 |
|
There are no translations available.

Pada hari Khamis yang lepas (23 Februari 2012), Sekolah Insan Bestari telah menganjurkan Kejohanan
Merentas Desa kali pertama. Majlis bermula jam 8 pagi dengan senaman ringan .Setelah itu, para pelajar
mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengarah projek, Encik Ridzwan Malik. Beliau turut menerangkan
mengenai lokasi merentas desa. Tepat jam 8 .45 pagi majlis dimulakan. Pelajar diagihkan mengikut kategori
umur antara pelajar lelaki dan perempuan. Para pemenang adalah seperti berikut :
PEREMPUAN JUNIOR
|
TEMPAT
|
NAMA
|
WAKTU
|
KELAS
|
RUMAH SUKAN
|
|
1
|
NURUL HASANAH ROSLI
|
27:50
|
F1
|
RED
|
|
2
|
SITI HAMIZAH MOHD RAZALI
|
28:06
|
F2
|
GREEN
|
|
3
|
NUR SYAIDATUL SYAFIQAH
AHMAD MAZDIN
|
29:10
|
F2
|
YELLOW
|
|
4
|
ZAHIRAH MOHD ZAHIR
|
32:06
|
F1
|
YELLOW
|
|
5
|
MISS NISREEN
|
32:37
|
G7
|
RED
|
PEREMPUAN SENIOR
|
TEMPAT
|
NAMA
|
WAKTU
|
KELAS
|
RUMAH SUKAN
|
|
1
|
NUR KHAIRUNNISA HJ MOHAMAD
|
25:48
|
F5
|
BLUE
|
|
2
|
NUR SYAHIRAH MOHD RASHIDY
|
28:17
|
F5
|
GREEN
|
|
3
|
NUR ALIAA ELINA ROSLI
|
28:57
|
F5
|
GREEN
|
|
4
|
SITI HUSNA NAJIHAH ABD RAHIM
|
29:24
|
F4
|
GREEN
|
|
5
|
ARISA ADTANTRA
|
31:12
|
G9
|
BLUE
|
LELAKI JUNIOR
|
TEMPAT
|
NAMA
|
WAKTU
|
KELAS
|
RUMAH SUKAN
|
|
1
|
SAIYEED NATCHANON KHAN
|
31:06
|
G7
|
YELLOW
|
|
2
|
SHAREEFURROHMAN HOH
|
31:15
|
G7
|
GREEN
|
|
3
|
IRFAN JAMIL
|
32:01
|
F2
|
YELLOW
|
|
4
|
WAN AIMAN SHAHEER
WAN MOHD SOFI
|
33:23
|
F1
|
RED
|
|
5
|
MOHD FAREDZUDDIN KASSIM
|
36:36
|
F2
|
BLUE
|
LELAKI SENIOR
|
TEMPAT
|
NAMA
|
WAKTU
|
KELAS
|
RUMAH SUKAN
|
|
1
|
MUHAMMAD USAMAH
|
24:53
|
F5
|
YELLOW
|
|
2
|
MUHAMMAD IKHWAN ABDULLAH
|
25:13
|
F5
|
GREEN
|
|
3
|
SYAZWAN ABDULLAH
|
26:08
|
F4
|
GREEN
|
|
4
|
KU SALIM LOCHI
|
27:22
|
G9
|
RED
|
|
5
|
WANCHAREEF PADUKA
|
27:32
|
G9
|
RED
|
WAKTU TERCEPAT
|
KATEGORI
|
NAMA
|
WAKTU
|
KELAS
|
RUMAH SUKAN
|
|
PEREMPUAN
|
NUR KHAIRUNNISA
HJ MOHAMAD
|
25:48
|
F5
|
BLUE
|
| LELAKI |
MUHAMMAD USAMAH
|
24:53
|
F5
|
YELLOW
|
Hadiah berupa trofi dan pingat telah disampaikan semasa perhimpunan rasmi Ahad
(26 Februari 2012). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.Diharapkan kejayaan
kali ini terus menjadi pemangkin untuk kejayaan di masa akan datang. |
|
Last Updated on Monday, 27 February 2012 02:56 |
|
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH INSAN BESTARI 1433 H |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Monday, 06 February 2012 03:26 |
|
There are no translations available.

Ahad, 5 Feb 2012 – Bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433H, Sekolah Insan Bestari mengambil satu langkah proaktif dalam menzahirkan sifat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Insan Bestari telah diadakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari.
Semasa program berlangsung, pelbagai aktiviti dianjurkan. Diantaranya perakrakkan sambil berselawat, pertandingan membuat banner, pertandingan azan bagi pelajar lelaki, pertandingan hafazan surah lazim bagi pelajar perempuan, dan pertandingan kuiz. Tidak dilupakan persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar Sekolah Insan Bestari.
Majlis dihadiri oleh Tuan Pengetua Sekolah Insan Bestari, Tuan Haji Harun bin Mat Isa juga tetamu jemputan Prof. Dr. Azharuddin bin Sahil, Dekan Kuliyyah al-Quran KUIN. Majlis turut disertai oleh beberapa ibu bapa dan penjaga yang tidak ketinggalan untuk menyertai majlis yang penuh barakah ini.
Untuk pengetahuan, majlis ini dilaksanakan bagi menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Sirah kehidupan Baginda harus menjadi teladan buat diri kita selaku umatnya yang tidak pernah Baginda lupakan. Sambutan Maulidur Rasul kali ini telah dilaksanakan oleh para pelajar tingkatan lima. Mereka bertungkus lumus untuk menjayakan sambutan ini dengan sederhana tetapi meriah. Alhamdulillah, majlis sambutan ini berjalan dengan lancar. Ini adalah pengalaman pertama para pelajar tingkatan lima dalam mengendalikan program seperti ini. Menurut Safwan Saidi, pengarah program berkata, “Proses pembelajaran itu bukan kerana semua betul tetapi kesalahan yang ada.”
Dalam ucapan aluan daripada Tuan Pengetua, beliau menyatakan bahawa, Rasulullah adalah ikon sebenar ummat Islam dalam banyak aspek terutamanya dalam bidang kepimpinan sebagai ketua Negara, kepimpinan sebagai seorang suami, kepimpinan sebagai ketua dakwah Islam dan kepimpinan sebagai seorang ayah. Seharusnya Baginda merupakan ikon yang perlu dicontohi dan diikuti. Kepimpinan baginda dalam menyelesaikan masalah ummat harus kita teladani.
Semoga dengan sambutan seperti ini, kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW akan terus mekar dan berbunga seterusnya mendapat redha Allah SWT. Aamiiin...
|
|
AKTIVITI KO-KURIKULUM PELAJAR ISS BERMULA |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Thursday, 02 February 2012 14:11 |
|
There are no translations available.

SELASA, 31 Jan 2012 – Para pelajar lelaki dan perempuan ISS telah mengikuti aktiviti kokurikulum. Aktiviti membuat handy craft khusus untuk para pelajar perempuan yang mengikuti Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Kraftangan yang dilakukan mengikut kreativiti para pelajar. Para guru member contoh dan tunjuk ajar kepada mereka sebagai permulaan. Kraftangan yang dilakukan berasaskan bahan-bahan yang mudah didapati seperti kapas, kain dan benang. Pelajar perempuan dibahagikan beberapa kumpulan. Di sini, para pelajar diuji dari sudut kerjasama berkumpulan dan pemikiran yang kreatif untuk membuat satu kraftangan yang cantik dan menarik.
Manakala bagi pelajar lelaki, mereka mengikuti aktiviti karate-do. Aktiviti ini dibimbing oleh tenaga pengajar dari luar sambil dibantu oleh para guru. Aktiviti karate-do ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana para pelajar diberi pendedahan untuk mempertahankan diri dari ancaman musuh. Selain itu, aktiviti ini membolehkan para pelajar untuk membina keyakinan diri dan memantapkan lagi mental dan fizikal mereka
Aktiviti kokurikulum ISS adalah aktiviti yang wajib di sertai oleh semua para pelajar. Aktiviti kokurikulum ini dinilai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum,, Encik Razak Faiek. Sesungguhnya pepatah bahasa arab ada menyebut الْعَقْلُ السَّلِيْمُ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْمِ bermaksud, “Akal yang sihat, di badan yang sihat”. Jadi, aktiviti kokurikulum ini adalah sebagai medium sampingan dalam memberikan para pelajar menjadi seorang yang bestari. |
|
Last Updated on Thursday, 02 February 2012 14:20 |
|
Perhimpunan Rasmi Sekolah |
|
|
|
|
Written by Syamsul Effendi
|
|
Sunday, 29 January 2012 04:05 |

Hari ini, Ahad 29 Januari 2012 sekolah mengadakan perhimpunan rasmi yang dihadiri oleh semua pelajar dan semua guru. Perhimpunan rasmi ini telah diadakan sejak awal sekolah dibina sehingga sekarang dan inshaa-Allah aktiviti ini akan berterusan pada masa yang akan datang.
Dalam perhimpuan kali ini cikgu Nur Azrul Hardi menyampaikan beberapa tips penguasaan bahasa inggeris kepada pelajar di antaranya: Kita boleh menguasai bahasa inggeris secara cepat dengan menggunakan DUA cara berikut iaitu:
- Make friends: Berkawan dengan pelajar dari pelbagai latar belakang Negara dan selalu menggunakan bahasa inggeris dalam bekomukasi.
- Don’t be shy: Kita mesti menghilangkan rasa malu dalam berinteraksi menggunakan bahasa inggeris meskipun melakukan kesilapan.
Selain itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik, Puan Khayati Ibrahim menyampaikan berkaitan ibadah dan sahsiah kepada para pelajar. Terakhir, Pengetua Sekolah Insan Bestari, Tuan Haji Harun Mat Isa menyampaikan sijil kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti ko kurikulum. |
|
|